Tuesday, 6 February 2018
Pengurus harta wakaf, takutlah akan azab Allah jika tidak amanah
-
Apabila penulis dengar cerita ada menguruskan harta wakaf tidak amanah, muncul rasa kasihan penulis kepada pengurus harta wakaf ini.
Kenapa kasihan kepada pengurus harta wakaf bukan orang yang memberi wakaf?
kerana orang yang memberi wakaf akan mendapat pahalanya, tapi orang menguruskan harta wakaf tetapi tidak amanah akan mendapat dosa.
Orang yang mengurus harta wakaf tidak amanah sekiranya menggunakan harta wakaf untuk kegunaan peribadi atau dijadikan harta wakaf sebagai harta peribadi. Tidak takutkah orang yang tidak amanah ini dengan azab Allah , tidak takutkah harta yang digunakan, diberikan kepada anak isteri adalah harta haram. Tidak rasa bersalahkah kepada orang yang memberi wakaf , mereka ikhlas tetapi orang yang menguruskan harta wakaf mereka khianat.
Penyelewengan harta wakaf kerap terjadi kepada harta wakaf yang diurus oleh seorang individu sahaja. Tidak ada pemantauan , tidak ada orang lain yang tahu bagaimana harta wakaf ini diuruskan.
Berbeda sekiranya , harta wakaf ini diurus oleh satu jawatan kuasa yang melibatkan beberapa orang. Pemantauan terhadap pengurusan harta wakaf dibuat, penyelewengan sukar dilakukan.
Sekiranya seorang individu sahaja yang menguruskan harta wakaf,apa sahaja boleh berlaku tanpa pengetahuan orang lain.
Kerap terjadi , pengurus harta wakaf ini menggunakan harta wakaf untuk kegunaan peribadi dengan berniat akan mengantikan semula harta wakaf berkenaan.
Amanahkah pengurus harta wakaf ini? Tidak amanah, kerana tidak ada sesiapa tahu beliau meminjam harta wakaf ini.
Perkara seperti ini tidak akan berlaku sekiranya, ada jawatankuasa yang menguruskan harta wakaf berkenaan.
Justeru itu, kepada orang yang menguruskan harta wakaf. Berlaku amanahlah, takutlah pada azab Allah yang pedih jika tidak menguruskan harta wakaf dengan amanah.
Penulis paparkan tulisan yang diambil dari isi khutbah Jumaat berkaitan harta wakaf untuk tatapan bersama.
Bacalah.....
Wakaf ialah menyerahkan harta yang dimiliki kepada Allah untuk dimanfaatkan oleh masyarakat umum, seperti mewakafkan tanah, bangunan, kenderaan, uang termasuk juga harta-harta yang ada di dalam masjid ini dan sebagainya.
Kita perlu sedar bahawasanya harta yang telah diwakafkan adalah milik Allah SWT. dan penerima harta wakaf tersebut adalah sebagai pengurusnya. Ini tidak bererti penerima atau pengurus harta wakaf mempunyai hak sepenuhnya dengan memperlakukan sesuka hati terhadap harta yang diwakafkan seperti menjual, memberinya kepada orang lain atau pun mewariskan harta yang diwakafkan itu. Ini bertepatan dengan hadith Rasulullah s.a.w. yang bermaksud ;
"Daripada Ibnu Umar r.a. berkata: Umar bin Al-Khattab telah mendapat habuan sebidang tanah daripada ghanimah (harta rampasan) Perang Khaibar, lalu datang meminta perintah daripada Rasulullah s.a.w. tentang tanah tersebut, dia berkata: "Wahai Rasulullah, sesungguhnya saya telah mendapat habuan tanah daripada ghanimah Perang Khaibar yang paling saya sayangi daripada harta lain yang ada pada saya selama ini, maka apa perintahmu kepadaku dengan tanah itu".
Sabda Rasulullah s.a.w:-
"Kalau kamu mahu, kamu tahanlah (wakafkanlah) tanah itu dan sedekahkanlah hasilnya".
Bermaksud:-
Kata Ibnu Umar: "Umar r.a. telah mewakafkan hasil tanahnya, sesungguhnya tanah itu tidak boleh dijual, tidak boleh diwariskan dan tidak dihibah".
Kata Ibn Umar lagi dengan maksudnya: "Umar r.a. telah menyedekahkan kepada orang-orang fakir, kaum kerabat, hamba yang baru merdeka, pejuang-pejuang di jalan Allah, ibnu sabil dan tetamu-tetamu. Tidaklah berdosa sesiapa yang menyelia tanah wakaf itu memakan sebahagian hasilnya sekadar yang patut, sebagai upah, tetapi tidaklah boleh ia memilikinya". (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Konsep inilah yang harus kita fahami agar kita dapat melaksanakan amanah harta yang diwakafkan dengan baik dan sempurna mengikut syarak.
Kedapatan segelintir masyarakat yang masih belum faham tentang konsep wakaf dan peranan pemegang amanah sehingga mengakibatkan penyelewengan dan penyalahgunaan Harta Wakaf tersebut.
Allah SWT. telah mengingatkan kita agar tidak melakukan khianat dan penyelewengan atau salah guna kuasa terhadap amanah harta wakaf yang telah diberikan kepada kita sebagaimana Firman-Nya dalam surah Al-Anfal ayat 27:
"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan Rasul-Nya serta (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah (yang diserahkan kepada) kamu, sedangkan kamu mengetahui (dosanya)".
Maka perbuatan mengkhianati Amanah Harta Wakaf dan menyembunyikannya adalah berdosa. Orang yang memakan hasil harta wakaf dengan cara yang dilarang samada harta itu dijual atau diwarisi atau diagih-agihkan adalah berdosa dan mendapat balasan yang buruk di dunia dan di akhirat sebagaimana maksud hadith Nabi s.a.w. yang diriwayatkan oleh Ibnu Umar:-
"Dan barangsiapa yang berusaha mendapatkannya dengan cara yang tidak halal, dan dibelanjakannya pada bukan tempatnya, maka Allah akan memasukkannya ke dalam neraka dan betapa ramai orang yang tidak menghiraukan pendapatan yang diperolehinya, asalkan memuaskan hawa nafsunya meskipun yang haram, maka baginya disediakan api neraka di hari kiamat". (Riwayat Baihaqi).
Marilah sama-sama kita sedar dan memahami tentang konsep sebenar wakaf agar kita tidak menyeleweng daripada landasan yang sebenarnya. Kita juga tidak mahu harta yang diwakafkan ini dijual, diagih-agihkan, diwariskan mahu pun dimonopoli oleh sesetengah pihak sahaja tetapi hendaklah dikawal dan dibangunkan mengikut peraturan dan Undang-undang Syarak dan dapat dimanfaatkan untuk kegunaan Masyarakat Umum.
Takutlah kepada azab Allah SWT. yang menanti kita sekiranya amanah Harta Wakaf dikhianati.
"Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya). Apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhan-Nya) itu telah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar dan Maha Melihat". (An-Nisa':85).
Wasalam
Sumber : http://tulahan.blogspot.co.id/2012/02/pengurus-harta-wakaf-takutlah-akan-azab.html
Subscribe to:
Posts (Atom)
Wikipedia
Search results
Facebook Comment
Info Archive
Sultan Sepuh XIV Pangeran Raja Arief Natadiningrat :
"Kami berharap, negara ini tidak melupakan sejarah. Dulu sebelum kemerdekaan Bung Karno meminta dukungan keraton untuk bisa membuat NKRI terwujud, karena saat itu tak ada dana untuk mendirikan negara. Saat itu keraton-keraton menyerahkan harta yang mereka punya untuk kemerdekaan negara ini,"
http://nasional.kompas.com/read/2010/12/05/1725383/Para.Sultan.Dukung.Keistimewaan.Yogya
THE FSKN STATMENT IN SULTANATE OF BANJAR : SESUNGGUHNYA KETIKA RAJA - RAJA MEMBUAT KOMITMENT DGN BUNG KARNO DALAM MENDIRIKAN REPUBLIK INI , SEMUA KERAJAAN YG MENYERAHKAN KEDAULATAN DAN KEKAYAAN HARTA TANAHNYA , DIJANJIKAN MENJADI DAERAH ISTIMEWA. NAMUN PADA KENYATAANNYA ...HANYA
YOGYAKARTA YG DI PROSES SEBAGAI DAERAH ISTIMEWA ... AKANKAH AKAN MELEBAR SEPERTI KETIKA DI JANJIKAN ... HANYA TUHAN YG MAHA TAU. ( Sekjen - FSKN ) By: Kanjeng Pangeran Haryo Kusumodiningrat
http://www.facebook.com/photo.php?fbid=177026175660364&set=a.105902269439422.11074.100000589496907
http://nasional.kompas.com/read/2010/12/05/1725383/Para.Sultan.Dukung.Keistimewaan.Yogya
THE FSKN STATMENT IN SULTANATE OF BANJAR : SESUNGGUHNYA KETIKA RAJA - RAJA MEMBUAT KOMITMENT DGN BUNG KARNO DALAM MENDIRIKAN REPUBLIK INI , SEMUA KERAJAAN YG MENYERAHKAN KEDAULATAN DAN KEKAYAAN HARTA TANAHNYA , DIJANJIKAN MENJADI DAERAH ISTIMEWA. NAMUN PADA KENYATAANNYA ...HANYA
YOGYAKARTA YG DI PROSES SEBAGAI DAERAH ISTIMEWA ... AKANKAH AKAN MELEBAR SEPERTI KETIKA DI JANJIKAN ... HANYA TUHAN YG MAHA TAU. ( Sekjen - FSKN ) By: Kanjeng Pangeran Haryo Kusumodiningrat
http://www.facebook.com/photo.php?fbid=177026175660364&set=a.105902269439422.11074.100000589496907